Kota konstantinopel adalah sebuah kota yang cukup hebat dan menakjubkan
iaitu kekuatannya dari segi sistem pertahanan yang dapat melumpuhkan
serangan tentera-tentera luar. Bayangkan, sebelas kempen ketenteraan
untuk menakluki konstantinopel dari kerajaan Islam iaitu satu dari era
Khalifah Usman bin Affan, lima kempen di era Kerajaan Umayyah, satu
kempen dari zaman kerajaan Abbasiyyah, satu kempen dari kerajaan Turki
Seljuk dan tiga kempen dari kerajaan Uthmaniyyah semuanya menemui
kegagalan.
Secara asasnya, pertahanan kota ini dikuatkan oleh
faktor semulajadi dan faktor teknologi terkini pada zaman itu. Mari kita
lihat sistem pertahanan kota ini:
1) Geografi kota ini mempunyai tujuh bukit. Secara tidak langsung, bukit-bukit ini menjadi pelindung semulajadi kepada kota konstantinopel kerana akan menyukarkan mana-mana pihak tentera untuk melakukan serangan menggunakan senjata-senjata yang besar seperti meriam, manjanik dan menara bergerak (lihat gambar di bawah).
2) Jika kita melihat kota ini dari atas, maka kita akan mengetahui bahawa kota ini berbentuk tiga segi. 2/3 sempadan kota ini masing-masing menghadap Laut Marmara dan Selat Bhosporus (kelebihan semulajadi). Jesteru, bagi mana-mana pihak tentera yang mahu menyerang kota konstantinopel, angkatan tentera laut yang kuat diperlukan untuk menakluki kota ini.
3) Demi menjaga keselamatan Kota Konstantinopel pada bahagian laut, Maharaja Konstantinopel telah membina rintangan rantai besi di selat Bhosporus bertujuan untuk menghalang mana-mana armada tentera laut pihak tentera yang menyerang dari memasuki Tanduk Emas (rujuk gambar).

4) Kota ini diperkukuhkan lagi dengan binaan benteng yang kukuh yang mengelilingi kota ini. Tambahan lagi, benteng yang menghadap bahagian daratan pula dilapisi dengan 2 lapisan tembok iaitu lembok luar dan dalam.
Tembok luar setinggi 25 meter dan setebal 10 meter dan tembok dalam pula setinggi 40 kaki dan setebal 15 meter. Di belakang tembok yang pertama, terdapat pemanah dan tentera yang sentiasa bersiap-sedia untuk pertarungan jarak dekat. Di tembok yang kedua pula, terdapat pula sejenis alat yang dinamakan sebagai Greek fire.
5) Malah di luar kota ini pula dibuat sebuat parit sedalam 10 meter dan selebar 60 meter.



No comments:
Post a Comment